Tuesday, December 8, 2015

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.


RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.



Jika boleh niatkan sebegini:

[+]1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

[+]2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

[+]3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

[+]4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini .

[+]5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

[+]6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

[+]7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.

[+]Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai orang yang boleh atau lebih, tiada kerugian bahkan digalakkan.
 
Sumber dari darasunyi 

Friday, November 13, 2015

Mutiara Kata


Sumber dari Tabung Haji

Kisah Seorang Anak Penyabar Yang Menjaga Ayahnya Menghidap Stroke


Ayah dan ibu adalah orang yang amat penting dalam hidup mereka. Fikirkan balik, betapa susahnya mereka menjaga kita masa kecil.. Ayah susah payah membanting tulang bekerja siang malam untuk cari rezeki. Ibu pula terkejar sana sini untuk memastikan anak kesayangannya dalam keadaan baik. Apa yang kita nak semua dapat.
Jadi bila kita dah besar, ini lah masanya untuk kita membalas jasa mereka. Kali ni kami nak kongsi kisah yang patut dijadikan teladan. Begitu tabahnya seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit stroke..


ASalam.
Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta….
Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..
Kisahnya begini …
Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.
Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.
Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik.
Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,
“Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?” Jawab anak lelaki tu , “ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal…”

Pakcik tu berkata lagi, ” Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu..”
Sahut anak lelaki tu, ” Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya… abah kena stroke… moga2 abah cepat sembuh….”
Sekadar mengingatkan pada yg masih ada..
P/S :  Tetiba teingat abah kat kat kampung yang juga sakit buah pinggang tp alhmadulillah abah masih kuat dan kalau orang tengok mesti orang tak percaya yang dia sakit...selalu berdoa agar menjadi anak yang sentiasa dapat berbakti pada kedua-duanya.. Insyallah
Sumber dari Facebook Mohd Yunos dan Oh Bulan